Proses Pembuatan Batik

1. Kain direntang di atas papan yang telah disediakan. Kemudian, ditarik dari hujung ke hujung utk menegangkan kain tersebut bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu membuat lakaran.

Kain direntang di atas papan

Kain ditarik dari hujung ke hujung papan

Paku latuh digunakan untuk menegangkan kain

2. Kain dilukis design / lakaran menggunakan pensel (lakaran adalah bebas, mengikut kreativiti dan citarasa pembuat itu sendiri).

Pembuatan lakaran untuk Batik biasanya menggunakan pensel

3. Setelah kain selesai dilakar, dengan menggunakan janting yang diisiĀ  dengan wax (lilin yg cair), design yang dibuat tadi dilapis / diikut lagi lakarannya (tujuan penggunaan wax di sini adalah supaya ketika diberikan perwarna ke atas kain, bahagian yang dilukis menggunakan wax tidak akan terkena ataupun terkeluar)

Wax (lilin) yang dipanaskan sehingga cair disiut oleh canting

Wax dalam canting dilakarkan diatas kain

contoh lakaran cincai (bebas) yang dibuat ol pengkaji

4. Permukaan yang kosong kemudiannya, diisi dengan dye (warna). Warna yang dipilih adalah bebas mengikut citarasa.

Dye (pewarna) akan ditumpahkan di dalam lakaran yang telah dibuat

5. Selesai mewarna, hasil pembuatan batik hendaklah dikeringkan (minimum 24 Jam).

Karya hasil batik yang dibuat oleh pengkaji

6. Bagi batik rekaan atau bukan untuk dijual, batik yang sudah dikeringkan tadi kemudiannya digosok menggunakan sterika (tujuannya ialah untuk menghilangkan lapisan lilin).

Bagi batik yang dijual atau yang akan dikomersilkan, batik yang sudah dikeringkan itu kemudiannya direbus dengan air panas selama beberapa minggu (tujuannya juga sama seperti batik yang bukan untuk dijual; adalah untuk menghilangkan lapisan lilin sehingga tulisan lilin yang ditulis sebelumnya dapat dilihat dengan lebih jelas).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s