Pengusaha Batik di Brunei

Terdapat beberapa pengusaha-pengusaha kecil-kecilan yang mengeluarkan produk batik di Negara Brunei Darussalam dan antaranya ialah Syarikat Mas Ana Batik Collection. Dayang Hajah Che Yam binti Che Ibrahim merupakan pengurus syarikat tersebut dan beliau memulakan pembuatan dan mengeluarkan hasil batik beliau secara kecil-kecilan semenjak tahun 2008.

Gambar Dayang Hajah Che Yam binti Che Ibrahim bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah - diambil daripada Pelita Brunei

Menurut Dayang Hajah Che Yam binti Che Ibrahim;

‘Batik adalah suatu cetusan seni daya cipta dan teknik pecinta seni lukis yang dilahirkan dengan lakaran ke atas kain atau kertas, atau seumpamanya dengan beraneka bentuk sama ada jelas atau abstrak, reka bentuk dan teknik seni ukiran yang diterjemahkan di atas kain yang berkualiti yang menarik lebih digemari oleh peminat-peminat batik.’

(Pelita Brunei 25 september 2011 – Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad) 

Visi syarikat berkenaan ialah untuk mencapai kualiti tertinggi dalam pembuatan batik buatan Brunei Darussalam bukan hanya untuk pasaran dalam negeri bahkan juga untuk menembusi pasaran luar Negara.


Selain dari syarikat Mas Ana Batik Collection, ada juga pengusaha lain bagi pembuatan Batik ini di Sumbangsih. Pengusaha kedai batik tersebut adalah Zainal Abidin Ibrahim dan kedai beliau diberi nama ‘Batik Desa Mas’ di Sumbangsih Mulia Building di jalan Beribi. Mengambil dari rujukan blog Cikgu Khalid Othman yang juga merupakan pensyarah di UBD bagi art dan teknologi, dimana menurut beliau, batik yang dihasilkan oleh Zainal Abidin Ibrahim ini lebih kepada mencari identiti kebruneian dalam pembuatan batik yang dihasilkannya. Selain itu beliau juga mempunyai minat yang tinggi dalam mencari lebih dalam lagi motif dalam pembuatan batik yang boleh dijadikan sebagai identiti peribada negara Brunei Darussalam.

Pengusaha Sumbangsih Mulia, kedai Batik. Zainal Abidin Ibrahim.

Bagi Zainal Abidin Ibrahim juga, batik buatan Brunei perlu memaparkan identiti Brunei Darussalam dengan memberi corak atau reka bentuk yang bercirikan kebudayaan Brunei, masyarakat serta mempunyai maksud abstrak yang tersirat. Menurut beliau juga, kebanyakkan rekaan corak yang terdapat dalam batik Brunei adalah ukiran kayu, tenunan, hiasan seperti flora tempatan dan fauna dan kebanyakkan motif yang dapat dilihat daripada hasil batik perlu lah digunakan secara meluas dalam budaya tempatan. Tambahnya lagi, untuk menonjolkan lagi identiti Brunei dalam pembuatan Batik adalah dengan mengukir bentuk bunga simpur  yang merupakan bunga kebangsaan Brunei Darussalam. Seterusnya hasil Batik buatan beliau juga ada banyak beliau gabungkan hiasan bunga-bunga seperti bunga Cengkeh, sumboi-sumboi dan yang lain-lainnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s