Pemasaran Batik Di Brunei

Pada zaman moden sekarang, kita telah mengikuti perkembangan era globalisasi sehingga pelbagai teknologi telah dicipta dan tidak kurang juga teknologi bagi pembuatan Batik. Teknologi yang terdapat pada masa kini juga kebanyakannya mempengaruhi corak pada kain daripada segi lakaran yang telah dibuat dengan menggunakan canting atau teknik foto silkscreen. Jika dahulu penghasilan pembuatan Batik adalah melalui buatan tangan namun pada masa sekarang, lakaran Batik juga boleh dibuat dengan menggunakan mesin dengan mengikut kaedah moden. Perbezaan antara keduanya juga dapat dilihat dari segi corak, dimana bagi buatan tangan, coraknya adalah berbeza-beza manakala bagi batik buatan mesin, coraknya tetap sama dan dapat dihasilkan dengan jumlah yang banyak.

Kain bermeter - diambil dari Laman web Mas Ana Batic Collection

Baju Batik untuk lelaki - diambil dari Laman web Mas Ana Batic Collection

Beg Batik - diambil dari Laman web Mas Ana Batic Collection

Dari segi pemasaran pengusahaan Batik di Brunei, bagi Syarikat Mas Ana Batik Collection, bagi batik beliau, harga yang beliau kenakan adalah mengikut teknik kepakaran dan pengalaman pembuat batik dengan motif yang berlainan serta bahan-bahan yang digunakan jika bermutu tinggi atau tidak. Bagi batik yang bercorak unik serta berbentuk tradisional, moden, elegan, kontemporari serta memerlukan ketelitian dalam pembuatannya adalah agak mahal berbanding yang jenis batik biasa. Begitu juga dengan pemasaran bagi pengusaha kedai Sumbangsih Mulia.

Pemasaran Koleksi Sumbangsih Mulia di ambil dari laman web Khalid Othman

Pemasaran batik di Negara Brunei Darussalam, walaupun masih secara kecil-kecilan tetapi dapat dilihat pengusaha-pengusaha batik di negara kita juga berusaha dalam memajukan pembuatan dan pengeluaran batik di Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya hasil Batik yang mempunyai Identiti Brunei, insya-Allah, pemasaran Batik akan dapat diperbaiki dan menuju kearah kemajuan dan penghasilan industri Batik dimasa akan datang.

Pemasaran Koleksi Sumbangsih Mulia diambil dari laman web Khalid Othman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s