Penggunaan Batik Di Brunei

Di Negara Brunei Darussalam, penggunaan batik tidaklah begitu meluas. Namun masih ada juga masyarakat Brunei yang menggunakannya. Antara penggunaan batik yang dapat kita lihat adalah dari segi pakaian, dimana ada diantara masyarakat Brunei yang menggunakan baju kurong batik, baju fesyen batik untuk digunakan di dalam sesetengah majlis-majlis perkahwinan, ataupun di dalam majlis keramaian. Kebanyakan pengunanya adalah terdiri daripada perempuan, kurang berbanding dengan lelaki. Penggunaan batik dikalangan perempuan di negara Brunei Darussalam ini sungguhpun tidak meluas, dan hanya digunakan di dalam majlis-majlis seperti yang disebutkan tadi, penggunaannya tidak mempunyai apa-apa motif. Dalam erti kata lain, penggunaan batik itu bukan kerana kod pakaian mahupun sebab ia adalah sesuatu tradisi.

Di Negara Brunei Darussalam, penggunaan batik tidak sama seperti pengunaan batik di Indonesia. Sebagai contoh, jika di Indonesia, penggunaan batik tidak boleh sembarangan, kerana pada suatu masa dahulu hanya di dalam acara tertentu sahaja ada diantara mereka dibenarkan mengunakan pakaian jenis batik untuk menunjukkan identiti si pemakai nya dengan motif-motif nya yang tersendiri. Kesimpulan bagi penggunaan Batik bagi warga negara Brunei Darussalam adalah tidak meluas, sungguhpun begitu, dapat dilihat usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha di negara kita dalam cuba untuk memajukan sekaligus membuat langkah awal ke arah pembinaan industri Batik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s